Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dah La Telur Kau Ciplak, Sekarang Beras Pula?


Entah apa pula yang negara China buat kali ni. Hari tu kau ciplak telur, hari ni kau ciplak beras pula?

Memang dasar penciplak betul diorang ni. Segala apa benda pun mau ditirunya. Dari pakaian, aksesori, kasut, alat elektronik, radio, tv, handphone, telur dan sekarang beras pula?

China buat beras dari plastik. Yaa. Pelik kan? Tapi benar. (hahaha) Sori. Mungkin pelik bila kita dengar berita ni, tapi inilah realiti yang berlaku di dunia sekarang.

Berdasarkan apa yang aku baca dari pelbagai sumber di internet, beras plastik yang diorang hasilkan ni adalah hasil daripada campuran kentang, ubi jalar dan resin sintetik (plastik).

Beras jenama Wu Chang, iaitu merupakan beras yang terbaik di China telah digunakan untuk dipalsukan dengan beras plastik ni.

Difahamkan, negara China mengedarkan (means menjual) beras plastik ini di Taiyuan, Wilayah Shaanxi (nda ku tau ni tempat) dan tidak mustahil pula dieksport ke negara luar untuk mengaut keuntungan yang tinggi.

Biasa la tu, diorang banyak ciplak barang2 berjenama dari luar negara then eksport semula ke negara2 lain. Kos pembuatan barang2 yang dorg ciplak ni rendah, jadi diorang hasilkan barang2 tu dalam jumlah/kuantiti yang banyak. Then eksport ke luar negara. Nda ka untung negara China tu? Dapat keuntungan besar, tu yang diorang ni nda putus2 hasilkan barangan ciplak. Sori, off tajuk. hahaha.

Ok, berbalik kepada cerita beras plastik tu. Dengan membentuk kentang dan ubi jalar menjadi bentuk padi, diorang tambah pula resin sintetik (plastik) supaya bentuk dia steady walaupun dimasak. Berbeza dengan beras biasa, beras plastik ini lebih keras seperti batu bila dimasak.
 
Selain itu, resin sintetik (plastik) yang terdapat dalam beras ini sangat bahaya kepada tubuh manusia. (bagaimana pula dengan haiwan?) Seperti mana yang kita tahu, plastik ni mengambil masa bertahun-tahun untuk hancur/reput. Jadi, bayangkan pula bagaimana kalau kita makan beras plastik ni?

Apa yang lagi menarik, bila makan tiga mangkuk beras ini, jumlah dia sama dengan kita makan seguni plastik. Boleh bayangkan ka? Sandi kan.



rex in HD : Kena hati-hati bila beli produk2 buatan China ni, lebih2 lagi barang makanan.


2 comments:

  1. issssh, last2 skrg ni kalo mo elak smua ni,
    pasi tanam sendiri,
    ayam pelihara sendiri,
    sayur tanam sendiri..
    semuaaaa lah...
    issssshhh, ni la punca org banyak bepenyakit skrg ni taw. dari makanan. melampau bha china ni

    ReplyDelete
  2. EEE tolonglah bahayanya. jgn la beli beras dr China. beli saja local punya

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!