Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar UFO di Tuaran Beach Resort, Kota Kinabalu?


KOTA KINABALU : “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.

Klik pada gambar untuk saiz besar.
“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Klik sini untuk artikel penuh.

Movie Download : Penunggu Istana [2011]


Sinopsis
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat.

Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak.

Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu sejak hari pertama lagi mereka di situ.Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

Klik sini untuk artikel penuh.

Kisah Seram Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah Alam, Depan WetWorld (Kisah Benar)

Salam. 

Hello kawan2. Saya ingin kongsikan satu kisah seram yang saya terbaca dari Facebook. Kisah ini memang menarik. Sesuai di baca di tengah malam. Hehe. Jom baca.

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 
 
Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 

Kemungkinan besar inilah rumah yang dimaksudkan?

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] 
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 
 
Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. 

Klik sini untuk artikel penuh.

Aznil Haji Nawawi Jadi HERO! (Pak Nil)



KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.

Klik sini untuk artikel penuh.

Hantu Di Pantai, Lahad Datu Sabah?

SERAM : Imej makhluk halus telah dirakam tanpa sengaja oleh seorang penduduk tempatan ketika sedang berkelah di tepi pantai bersama keluarga. Lokasi kejadian rakaman tersebut berlaku di pantai Sungai Bilis, Lahad Datu Sabah.
 
Menurut tuan empunya rakaman video, beliau bersahaja merakam kemeriahan suasana berkelah di pantai bersama keluarga untuk kenangan. ketika itu, beliau juga tidak menyedari akan kehadiran makhluk tersebut ketika sedang merakam.
 
Sesudah tiba dirumah, beliau memainkan semula rakaman-rakaman tersebut dan terkejut besar apabila imej makhluk yang dibaluti kain kafan sedang berdiri tegak di kedua-dua rakaman video tersebut. Satu rakaman video diambil sepanjang 20 saat dan satu lagi video sepanjang 10 minit. Mengejutkan lagi apabila kedua-dua video yang dirakam memaparkan makhluk yang serupa.


Dapat disaksikan pada rakaman tersebut, terpapar sesusuk tubuh makhluk dibaluti kain kafan sedang berdiri seolah-oleh seperti pocong.
 
*rakaman tersebut ada diupload ke laman web YouTube, tetapi sekarang video tersebut sudah di-delete oleh YT.*
 
sumber : Google

Klik sini untuk artikel penuh.

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!