Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hukum Membunuh Semut



Soalan :

Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan salah satu dari binatang yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W. dari membunuhnya seperti yang terdapat dalam hadith baginda. 
Masalahnya, ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam beras, sinki dan telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?

Jawapan :

Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya. Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. 

Di dalam Islam tidak ada suatu perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula suatu perkara itu sengaja diringan-ringankan tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah perkara yang kita inginkan. 

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah,setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan tak lebih untuk mencari
keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'alam.

Sumber : rakanmasjid


0 comments:

Post a Comment

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!