Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isteri Bantai Suami. Apa Kata Anda?

Salam.

Pernah korang dengar isteri pukul suami? Nda pernah kan? Biasanya suami ja yang selalu bantai pukul isteri. Jadi, aku nak kongsi dengan korang satu video berkaitan yang aku jumpa di Facebook beberapa hari yang lalu. Video ni kalau dilihat memang dashyat, brutal, ganas giler. Lawak pun ada. Hahahaha. Jom kita saksikan sama2.



Sila ikuti dialog mereka.

Suami : Ko ka curi santut sia?

Isteri : Sapa cakap?

Suami : Sia nampak ba.

Isteri : Di mana ko nampak?

Suami : Saaana Ranau.

Isteri : Jangan ko main2 sana!

Suami : Jadi kenapa?

Isteri : Sia bantai ko ni!

Suami : Cuba la. Cuba la! (sambil menampar isteri)

Isteri : (si isteri membalas balik. tampar! tampar! tampar! melihatkan si suami terlentang di sofa, si isteri tampar lagi! tampar lagi! kemudian hantuk kepala si suami sampai mengampai.)

[kemudian datang sorang lagi lelaki)
Lelaki : Santut sia pun ko curi kan?!

Isteri : Jangan tuduh sembarangan! (sambil membantai lelaki itu)

Isteri : (sambil memandang kamera) Jangan sampai sia jadi Goku!!

Fuhh! Memang ganas cara si isteri memukul suami dalam video ni. Macam dalam wrestling pula. Hahaha. Sampai suami yang berbadan gempal pun boleh dibantai. Sapa juga yang suruh, suami juga yang intro kan. Datang lagi seorang lelaki malang, juga menjadi mangsa bantai si isteri tersebut.

Tapi kalau suami isteri bergaduh pun, takkan la pula sampai macam tu sekali. Takkan nda boleh bawa bincang baik2 kan? Kepada si suami juga, jangan la pula sampai memukul isteri tu. Jangan sesekali pun.

Dah isteri yang jaga makan dan minum kita, jaga anak2 kita, buat kerja di rumah. Takkan suami sanggup pukul isteri? Kalau pun si isteri tu buat salah, takkan sampai mau pukul. Jangan jadi suami dayus.

Aishah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul pesuruh atau isteri Baginda, dan Baginda tidak pernah memukul sesiapa dengan tangan Baginda sendiri.

Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda bahawa, “Yang paling baik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bersopan terhadap isterinya.”

Bagi perempuan yang bergelar isteri, syurga itu terletak di bawah telapak kaki suami. Taatilah suami anda. Anda mampu mengubahnya.

Nota : Kekuatan suami apabila dapat bersabar dan berfikir secara rasional.



5 comments:

  1. Hahaha!!! ganas plak si isteri ni tau..dah mcm WWF aq tgok..

    lau sia bantai cukup mulut jak..kuikui!!!!

    ReplyDelete
  2. apa nda, suami bru pukul skali dah kna bantai cukp2 oleh si isteri. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Hiks.. apa.kah??... Tragik tul.. XD

    ReplyDelete
  4. sungguh ganas si isteri. haha.

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!