Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lelaki Afrika Perangkap Wanita Jadi Keldai Dadah di Facebook!

Salam.
Hmm. Keldai dadah? Binatang jenis apa tu? Ada ekor ka? Ada mata? Pandai pula keldai hisap dadah?

Nak tau lebih lanjut? Baca berita ni dulu. Klik bawah ni.

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia terutama wanita dinasihatkan supaya menolak permintaan daripada mana-mana lelaki Afrika yang mahu berkenalan menerusi laman sosial Facebook bagi mengelak diperdaya menjadi 'keldai dadah'.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata, daripada 1,880 rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat 31 Mac lepas, seramai 833 orang adalah bersabit kes dadah.

"Mereka terdiri daripada 675 lelaki dan 158 wanita yang ada antaranya terpedaya menjadi keldai dadah selepas berkenalan dengan lelaki warga asing khususnya warga Afrika menerusi laman sosial itu.

"Facebook itu tidak ada masalah. Tetapi jika disalahgunakan boleh jadi musuh ketat. Saya minta kalau ada lelaki Afrika ingin berkenalan dalam Facebook, block (halang) sahaja," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Keluarga Wisma Putra di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Keldai dadah ni merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik yang diorang gunakan ini mengurangkan risiko pengedar / penyeludup dadah itu daripada ditangkap. Kaedah atau cara diorang seludup termasuklah dengan menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, atau pun yang paling sandi, menelan barang tersebut.

Bekalan dadah diorang ni diambil dari negara Argentina dan Sepanyol dan kemudian diseludupkan ke negara ketiga. Kos untuk membawa dadah dari Argentina ke Peru lebih murah berbanding yang lain2. Hukuman di Peru hanya dipenjara 8 tahun, berbanding di Malaysia akan digantung mandatori. Sanggup ka korang jadi keldai dadah?

Sindiket ini menggunakan laman sosial di internet seperti Facebook untuk menipu / memperdaya wanita muda menjadi keldai dadah. Sasaran diorang ni adalah wanita2 yang berusia 20 - 30 an yang tiada rekod jenayah, menganggur, yang kerja2 kerani, agen2 jualan dan perkhidmatan dan yang lebih teruk pelajar2 IPT sekali.

So, berhati2 la kepada wanita2 yang berada di luar sana. Jangan layan kalau2 ada lelaki om Afrika atau negara lain mau berkenalan dengan korang. Lagi sandi kalau ada yang bawa couple. Beringat la sebelum kena. Okai, chioaw!




2 comments:

  1. ish..ish..cian nya lah minah tue..seb bek tak jadi keldai betul2..hahahaha!!!

    ReplyDelete
  2. hahaha. nasib baik gak nda jd binatang lain kan? hehe.

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!