Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Movie Paranormal Malaysia Pertama, Penunggu Istana.


LAIN daripada yang lain kerana filem Penunggu Istana ini tiada pengarah. Ia filem realiti seram bergenre paranormal yang pertama di negara ini.

Penunggu Istana adalah buah tangan terbaru daripada Grand Brilliance dan Primeworks Studios yang selalu memberi kejutan kepada penonton. Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios yang juga Penerbit Eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, Penunggu Istana bukanlah sebarang filem kerana buat julung kalinya, masyarakat Malaysia disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal. “Ini bermakna cerita yang terkandung dalam filem ini bukanlah cerita kosong tetapi menampilkan pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah tinggal berusia lebih 100 tahun di Perak dikenali sebagai Istana Billah.

REALITI. Inilah lokasi sebenar filem Penunggu Istana.
“Mungkin ada pihak yang terlalu cepat melemparkan tuduhan filem ini meniru filem luar yang berunsurkan aktiviti paranormal yang mencatat kutipan pecah panggung luar biasa. “Penunggu Istana adalah dokumentari di mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka. 

TENAGA lakonan Penunggu Istana digerakkan oleh lima muka baru.
“Mereka adalah Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf. Cantuman ‘footage’ itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka berada di istana itu sebagai usaha mencari jawapan kepada kejadian mengerikan yang menimpa mereka. Penemuan ini adalah satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

“Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan anda sehingga membuatkan degupan jantung lebih laju daripada biasa walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan itu. Penunggu Istana akan menemui rakyat Malaysia, Khamis ini.

sumber : HMetro

Huh? Filem paranormal pertama Malaysia? Tanpa pengarah? Means diorang planning & setup semua la kan? Hmm. Macam best ja ni. Hehe. Harap2 nda mengecewakan sesiapa saja yang p tonton ni wayang. Trailer pun boleh tahan. Good job Malaysia!

 


2 comments:

  1. harap2 la kan? apa-apa pun,better tunggu review org lain dulu kalau xna kecewa.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe. ya. atau pun kita sndri pegi tgk, bru puas hti. hehehe..

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!