Aku baru terbaca satu artikel berkaitan telur ayam plasu , eh palsu. Aku pun berfikir, 'telur ni pun diorang mo ciplak?'
Hmm.. Negara China memang terkenal dengan perihal ciplak2 ni. Dari jenama pakaian, radio, alat elektronik, handphone, selipar (eh, ada ke?) sehinggalah yang terkini iaitu TELUR.
Negara diorang memang hebat dalam bab2 men'ciplak' ni. Kita boleh lihat telur palsu yang diorang hasilkan sebiji macam rupa telur yang sebenar. Kalau kita tengok sekilas pandang, memang nda ketara la
Baru2 ni juga Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11 (murahnya?).
Tapi yang paling sandi, ada yang telah makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu. Sandi.
Biasanya telur ayam palsu ni saiznya besar sikit dari telur yang ori. Telur ayam palsu ni nda berbau hanyir, tiada pusat, kulit telur berkilat dan kasar.
Berita dari Bernama:
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.
Loh berkata beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lepas.
Cara Buat Telur Ayam Palsu
PERBEZAAN ANTARA TELUR AYAM PALSU DAN TELUR AYAM ASLI
Info Telur Ayam Palsu
- Berbentuk seperti telur ayam Gred A
- Selepas telur ayam dipecahkan, kuning telur bercampur dengan putih telur dan kelihatan cair, kuning telur pulak bewarna kuning pekat.
- Apabila telur digoncang akan dengar bunyi kerana terlebih kandungan air.
- Kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
- Telur palsu ada bahan dipanggil benzonik iaitu bahan pengawet yang boleh rosakkan otak dan saraf serta boleh akibatkan penyakit hati.
- Kalsum klorida pada kulit teur sbg bahan pelembut dan asid amino dalam telur palsu boleh mengakibatkan penyakit hati dan rosakkan saraf dan saluran darah.
Jom tengok pula video cara-cara diorang buat telur palsu ni :
rex in HD : aku sarankan warga Malaysia ambil langkah berjaga-jaga ketika membeli produk dan barang dari China.
0 comments:
Post a Comment