Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila Guru Jadi Along..

JOHOR BAHRU : Seorang guru Matematik sebuah sekolah menengah di bandar raya ini, didakwa mengambil tindakan ala along terhadap pelajarnya yang gagal menyiapkan tugasan apabila bukan saja mengutip wang denda RM1, malah mengenakan kadar bunga harian dua kali ganda jika mereka lewat membuat bayaran.

Seorang ibu pelajar dikenali sebagai Sofiah, berusia 40-an berkata, dia dan suami terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab guru wanita terbabit selepas perbuatan itu didedahkan anak perempuan mereka yang belajar dalam tingkatan dua sekolah itu.

“Guru berusia lingkungan 30-an itu mengenakan denda berbentuk bayaran wang terhadap pelajar yang gagal memberikan jawapan betul bagi soalan dikemukakan mahupun tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Tindakan itu menimbulkan masalah kepada pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah hingga ada yang terpaksa meminjam daripada rakan semata-mata untuk melunaskan denda itu,” katanya, semalam.

Menurutnya, rakan anaknya turut didenda RM1 baru-baru ini, dan guru terbabit turut mengenakan denda tambahan berjumlah RM2 jika pelajar gagal membuat bayaran pada hari sama.

Sofiah berkata, sebarang tindakan atau hukuman dilaksanakan guru selain pengurusan sekolah perlu mengikut kaedah dan garis panduan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

“Jabatan Pelajaran Johor mahupun pengurusan sekolah perlu menyiasat perkara itu bagi mengelakkan ia berterusan.

“Niat saya bukan untuk menjatuhkan imej guru berkenaan, namun guru itu perlu lebih dedikasi memandangkan tindakannya itu tidak mungkin mampu mendisiplinkan pelajar atau mendidik mereka,” katanya. Pengetua sekolah berkenaan yang dihubungi enggan mengulas berkaitan isu itu, sebaliknya memaklumkan mahu menyiasatnya terlebih dulu.

“Kami akan menyiasat perkara sebenar kerana hingga kini, saya tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan.

“Sekiranya ia benar berlaku, kami akan menasihatkan guru berkenaan menghentikan perbuatannya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A Ghani berkata, pihaknya tidak menerima aduan berkaitan perkara itu.

Namun, menurutnya, sekiranya ia memang berlaku, perbuatan itu menyalahi peraturan dan guru berkenaan boleh dikenakan tindakan.

“Selagi belum menyiasat perkara berkenaan, kita tidak tahu sama ada aduan itu benar-benar berlaku atau sebaliknya.

“Namun, kami akan berusaha mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sumber : HMetro

Huh! Apa nak jadi dengan guru2 sekarang ni? Guru pun bukan perangai macam guru dah. Kalau sebelum ni kita digemparkan dengan berita tentang guru pukul pelajar, guru hantar geng samseng untuk pukul pelajar, guru dera pelajar, guru cabul pelajar, guru rogol pelajar dan sekarang ni timbul pula isu guru denda pelajar ala2 along. Tak siap kerja sekolah pun kena kutip wang denda ka? Bagus tak payah jadi guru, jadi along lah wei!

Guru zaman sekarang dah kurang sifat sebagai pendidik, tapi lebih bersifat kepada 'pemangsa' kepada pelajar.


2 comments:

  1. huh ... ada2 sj. baru2 ni ada pula guru yg jd pengedar dadah, tayang muka samseng lagi tu ketika dapat liputan media.

    ReplyDelete
  2. betul3. guru2 zaman skrg ni pun dah rmai yg b'masalah.

    kdg2 ada yg penjenayah pun jd guru gak.

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!