Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekasih Dibelasah Dalam Wad

AMPANG: Seorang lelaki sanggup membelasah teman wanitanya lebih 10 kali sejak menjalin hubungan cinta lima bulan lalu hanya kerana diminta mencari pekerjaan atau mahu memutuskan hubungan.

Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa yang sebelum ini dirawat kira-kira seminggu di sebuah hospital di sini, kerana dibelasah teman lelakinya itu sekali lagi dibelasah hanya kerana mangsa mahu memutuskan hubungan mereka dengan alasan tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya itu. 

Mangsa dibelasah di dalam wad ketika teman lelakinya itu datang melawatnya. Walaupun terdapat beberapa pesakit lain dalam wad berkenaan tetapi teman lelaki mangsa tidak menghiraukannya sebaliknya terus menumbuk muka mangsa hingga lebam di bibir.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Fiza, 36, berkata sebelum dimasukkan di hospital itu, dia dipukul, ditendang, diterajang dan dihentak dengan kepala oleh teman lelakinya di muka dan badan hingga cedera.

Katanya, pergaduhan tercetus apabila dia sudah tidak tahan dengan sikap panas baran teman lelakinya yang sering bertindak di luar batasan memukulnya lebih 30 minit. 

Dayus sungguh lelaki ini. Membelasah teman wanita sendiri. Apa hak teman lelaki nak pukul / bantai teman wanita? Belum kahwin dah pandai nak lempang2 anak orang. 

Kepada wanita2 yang berada di luar sana, buatlah pilihan dengan bijak. Jangan tengok muka handsome ja, kena tau perangai diorang juga. Anda mampu mengubahnya. Hehe. 


3 comments:

  1. nak buat camner...rupa yang paling penting....tapi aku tak berani komen lebih2 sebab aku pun hensem..hahaha, boleh???

    ReplyDelete
  2. haih?? pelik betul laki tu?? ape jadah nak pukul2 lak??? memang berteman tu niat nak sama2 ber-wrestling ke apa?

    ReplyDelete
  3. giler btol laki tu..
    main angkat kaki tangan plak..
    anak orang tu, bukan anak patung

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!