Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam Nak Simpan Wang?


Nak tahu macam mana cara nak simpan wang dengan betul? (betul ke? hehe.) Di sini aku nak kongsi dengan korang macam mana nak simpan wang. Sebenarnya, aku juga punya masalah dalam menyimpan @ menabung wang ni. Terus terang aku cakap, aku ni ada tabiat boros gak la. Hehe. Semua benda nak dibeli. Last2 bila aku tengok duit dalam akaun aku dah nak habis, baru aku akan menyesal kebinggungan. (Dah terhantuk, baru terngadah. Hua3.) 


Jadi di sini aku nak kikis tabiat boros aku tu. Dah tak nak boros2 dah. Aku akan share dengan korang tips nak simpan duit tu, sekarang juga! Haha.
 
  • Mulakan menyimpan duit /wang anda sekarang juga. Nda payah tunggu esok, lusa, tulat, minggu depan, ataupun tahun depan. Simpan sekarang. 
  • Simpan la duit korang tu, walaupun jumlah yang sedikit. Lama2 banyak juga tu. 
  • Buang mentaliti untuk cepat kaya. Sebagai contoh, menyertai dan melabur dalam pasaran saham, skim cepat kaya, bisnes2 piramid dan sebagainya. Berbelanja dengan betul. Means berhemah. Beli apa yang hanya korang perlukan. Contohnya, handphone. Nda payah la mau ikut trend sangat tukar2 handphone. 
  • Tentukan matlamat anda. Untuk apa wang itu disimpan. Contohnya, untuk masa depan, pendidikan, perkahwinan, atau untuk apa2 ja. 
  • Simpan duit korang tu di tempat yang sukar dikeluarkan. Contohnya, pilih bank simpanan yang nda guna kad ATM. Kalau guna buku, leceh la kan. Kena beratur. So, dengan ini tentu korang akan malas keluarkan duit. hehe. 
  • Hidup ikut dengan kemampuan kita. Beli apa yang kita hanya mampu. Jangan ikut cara orang lain. 
  • Senaraikan apa yang patut dibeli jika ingin membeli barang2 keperluan. Listkan awal2, dan beli ikut apa yang ada dalam list sahaja. Jangan pandai2 tambah.

Actually, banyak lagi tips2 macam mana nak simpan duit ni. Tapi ni saja yang aku kongsikan untuk kali ini. Kalau ada lagi, insya allah aku akan update. Hehe. Jom kita sama2 manfaatkan tips ini, selamat mencuba!

Apa mau beli ni aar?




0 comments:

Post a Comment

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!