Sedap kan? Hehe.
Mungkin ramai sudah tahu bahawa mi segera ni mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan kita.
Perencah mi segera ni pula mengandungi kandungan MSG yang tinggi dan memberi kesan negatif kepada kesihatan terutamanya buah pinggang kita.
Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.
Begini cara terbaik :
Begini cara terbaik :
- Rebus mi dalam air mendidih.
- Bila mi kembang, toskan mi ke dalam penapis.
- Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api.
- Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.
*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mi jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mi.
Ramai individu yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mi segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu.
Naa, jadi sapa2 yang suka makan Maggi, Mi Sedaap, Indo-Mee tu kurang2 kan lah makan. Nanti sendiri juga yang merana. Sama2 kita beringat sebelum kena.
lagipun tak elok makan makanan segera selalu..
ReplyDeletehttp://faisalapardi.com/