Kota Kinabalu : Tiga orang pelajar Kolej Masterskill telah terbunuh ketika kemalangan jalan raya di Kilometer 2.2 Jalan Tun Fuad Stephen, berhampiran Pelabuhan Sabah, di sini sekitar jam 3 petang kelmarin.
Mangsa-mangsa yang maut berumur 20 tahun yang dikenalpasti sebagai Ratna Dewi Bancong, Norfizan Samad dan Hadijah Latip.
Ketiga-tiganya mengalami kecederaan teruk pada wajah dan tubuh mereka apabila kereta Proton Wira yang mereka naiki bersama tiga lagi rakan lain melanggar beberapa batang pokok sebelum kereta tersebut terbalik di tengah jalan.
Tiga orang lagi yang terselamat dari kemalangan itu adalah pemandu kereta tersebut iaitu seorang lelaki berumur 23 tahun, seorang penumpang lelaki dan seorang lagi pelajar Kolej Masterskill yang duduk di kerusi belakang bersama dengan tiga orang yang terkorban.
Kereta Proton Wira itu dikatakan menuju ke pusat bandar dari Inanam sebelum pemandu kereta tersebut hilang kawalan pada kenderaan apabila tiba di satu selekoh.
Dikatakan bahawa kereta tersebut telah melanggar pembahagi jalan sepanjang tujuh meter lebar lalu melanggar pokok. Kereta itu kemudian berputar 180 darjah sebelum bahagian belakang kenderaan tersebut merempuh sebatang lagi pokok lain lalu terbalik.
Atap kereta itu hancur dan Ratna, Norfizan dan Hadijah semua terhumban keluar dari kereta melalui cermin belakang kenderaan tersebut.
Siasatan awal polis mendapati bahawa pemandu kereta tersebut berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.
Tidak ada kesan tayar di jalan raya tersebut untuk menunjukkan bahawa pemandu tidak menekan brek apabila tiba di selekoh itu.
Mangsa-mangsa yang maut dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk post-mortem sementara mangsa-mangsa yang terselamat dibawa ke hospital yang sama dengan ambulans.
Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) dari Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kereta Proton Wira rosak teruk yang terbalik di laluan yang bertentangan selepas melanggar beberapa batang pokok di tepi jalan. |
sumber : TheBorneoPost (25.05.2011) - translate
memang laju giler la dia bawak kat selekoh tu sampai kereta boleh terbalik. mau tak trauma lepas ni..
ReplyDeleteSadis... Takziah n al-Fatihah buat semua mangsa n yang terlibat kecuali pemandu yang minum, pandu, n masih selamat tu..? Untuk tu, aku ucap 'Tahniah' sebab kau masih hidup dan diberi peluang oleh-Nya untuk bergelak ketawa lagi lepas ni.. Mungkin masih boleh pekena setin dua Beer. Sabah dikelilingi oleh 'pemabuk tidak bertauliah'. Menakutkan.
ReplyDeletekner la hati2 bler memandu..
ReplyDeleteAwas Spamming Di Laman Sosial
al-fatihah kepada mangsa2 ini. itu la masalah nya ni, diorang nak juga drive wlaupun brada dlm keadaan mabuk. skrg, tgk la apa yg jadi.
ReplyDeletesmoga arwah dija dan dua lg rakannya itu tenang di alam yg lain..amin..al-fatihah
ReplyDeleteInnalillahiwainnailahiroji'un...
ReplyDeleteSalam takziah...
di harap pihak berkuasa dapat menyiasat hal ini sedalam mungkin,bukan saja pemandu patut d salahkan tapi juga pihak kolej yg sepatutnya memantau keluar masuk asrama...
ReplyDeleteHMM RASANYA YANG NAIK KERETA NE PUN SALAH..KALAU DAH TAHU PEMANDU NE MABUK NAPA NAK BAGI DIA DRIVE? KENAPA NAK IKUT KELUAR AT THE FIRST PLACE? SAYA RASA MMG MANGSA2 NE PUN DAH TAHU TUJUAN LELAKI NE AJAK DORANG KELUAR KA.. APSAL IKUT MELULU...SEMUA PIHAK PUN ADA SILAPNYA DALAM HAL INI..YANG C SAMIZUL TUE APER HAL..NAK MAIN KENEGERIAN PLAK..DAH BANYAK DAH KAMI TENGOK ORANG SEMENANJUNG DATANG SABAH JADI CULTURE SHOCK..YANG MEMENUHI CLUB-CLUB KAT SANI..ORANG SEBERANG LA..MEMANDAI JE
ReplyDeleteTakziah..hohohoh..selekoh 2 mmg susah mo agak......gila lh pemandu dia...selekoh2 pn di bantai laju..itu lh orang kita mabuk jak memanjang...lepas 2 salah kan orang....x fhm betul orang kita ni...
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah Hadijah :'(
ReplyDeleteAl-fatihah!
ReplyDeleteAllahuakbar~ gara2 seorang teman ada yang telah menjadi korban...Inalila Wainailaihi Rojiun..semoga mereka tenang dia sana.PENGAJARAN KEAPDA KAKI MINUM,IF YOU DRUNK DONT DRIVE ~~BUT IF U INSIST DRIVE YOURSELF DONT BRING INNOCENT PEOPLE DIE ALONG WITH YOU..
ReplyDeletetaziah kpda yg mninggal...
ReplyDeleteal-fatihah tuk senior2 aQ !
ReplyDeletetak boleh salahkan pihak kolej gak sbb salah dorang sendiri langgar peraturan hostel....da terang2 ada lam peraturan xleh kuar lepas kul 10 tp degil gak....da besar tp xleh pikir mana yg baik dan buruk...halal dan haram....moga kjadiaan ni jd pgajaran wat student2 yg lain....
ReplyDeletetakziah..
ReplyDeleteR.I.P for them...
ReplyDeletesalam takziah bg mereka..alhamdulillah bg yg masih terselamat kerana Allah masih menginginkan korang rasakan keindahan dunia yg indah ini..Allah maha melihat dah maha mengetahui..
ReplyDelete@samizul.net .. oh.. BTW, saya Malihah Maindor. kalau x puas hati,silakan cari saya. salam
ReplyDelete@samizul.net knapa ckp Sabah dikelilingi oleh 'pemabuk tidak bertauliah'. sgt mnakutkan kah? fkir balik ayat kamu nih. salam.
ReplyDeletesalam... kolej pun susah nak kontrol student kuar masuk..yes dorg xley kuar after 10..tp sllu nyer tebiat student nie ku ar awal2 n xbalik mlam 2..2yg payah 2..sabah ke semenanjung ke same jek..it all depends on diri sendiri..
ReplyDeleten Al-fatihah pada student laki yg satu lagi 2 sbb dia da meninggal subuh selepas dalam sehari brtarung dgn nyawa d icu.. AL FATIHAH..
just to share some pandangan ... ada pulak brader d atas tu kan ... bilang "sabah dikelilingi pemabuk tidak bertauliah.menakutkan"
ReplyDeletemcm ada bau2 kenegerian ne ...
encik ... ada tgk statistik kemalangan dlm malaysia kah ??? if compare sabah dgn semenanjung ... ehh mcm besar sgt kan ... pkai kl sja la ... if compare kemalangan d sabah dgn kl , kes d sabah mmg rendah jika di bandingkan dgn smnanjung ... ehh salah ... kl ... so fikir2kan lah ...
u cakap sabah dikelilingi pemabuk tidak bertauliah ... so yg d semenanjung tu ada pemabuk bertauliah ka ??? hebat ...
laki yg sorg 2 dah mninggal ke blum??ada yg ckp dah mninggal n da jgk yg ckp still dkt hospital lg..mna yg betul nie...plz la jgn nak burukkn sapa2 lg yg prgi ttp akan pergi skurg2 ny drg dah ada tmt d alam sana kita yg hidup nie xtau lg apa nasib kita kn??so jgn nak pdai2 slhkn mna2 pihak suma pun ada silap msg2...
ReplyDelete