Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label unduk ngadau. Show all posts
Showing posts with label unduk ngadau. Show all posts

UNDUK NGADAU : Memperingati Semangat Huminodun @ Mengejar Populariti?

Salam.

Hello kawan2 semua. Ok bercakap pasal Unduk Ngadau, apakah Unduk Ngadau itu sebenarnya?

Unduk Ngadau ini adalah satu pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) setiap tahun di Sabah. Menurut kepercayaan kaum Kadazan Dusun, Unduk Ngadau berasal dari perkataan ‘runduk tadau’ yg membawa maksud ‘gadis yg dimahkotakan sinaran cahaya matahari’. Di setiap daerah di negeri  Sabah, ada ratu Unduk Ngadau mereka sendiri.


Pertandingan Unduk Ngadau ini diadakan untuk memperingati semangat Huminodun, iaitu anak perempuan kepada Dewa Kinorohingan & Suminodun yg dikorbankan. Ikuti kisah Huminodun dengan lebih lanjut di sini.

Klik sini untuk artikel penuh.

Apa Itu Perayaan Hari Kaamatan?

Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Pertandingan Unduk Ngadau
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.

Klik sini untuk artikel penuh.

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!