Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hantu Di Pantai, Lahad Datu Sabah?

SERAM : Imej makhluk halus telah dirakam tanpa sengaja oleh seorang penduduk tempatan ketika sedang berkelah di tepi pantai bersama keluarga. Lokasi kejadian rakaman tersebut berlaku di pantai Sungai Bilis, Lahad Datu Sabah.
 
Menurut tuan empunya rakaman video, beliau bersahaja merakam kemeriahan suasana berkelah di pantai bersama keluarga untuk kenangan. ketika itu, beliau juga tidak menyedari akan kehadiran makhluk tersebut ketika sedang merakam.
 
Sesudah tiba dirumah, beliau memainkan semula rakaman-rakaman tersebut dan terkejut besar apabila imej makhluk yang dibaluti kain kafan sedang berdiri tegak di kedua-dua rakaman video tersebut. Satu rakaman video diambil sepanjang 20 saat dan satu lagi video sepanjang 10 minit. Mengejutkan lagi apabila kedua-dua video yang dirakam memaparkan makhluk yang serupa.


Dapat disaksikan pada rakaman tersebut, terpapar sesusuk tubuh makhluk dibaluti kain kafan sedang berdiri seolah-oleh seperti pocong.
 
*rakaman tersebut ada diupload ke laman web YouTube, tetapi sekarang video tersebut sudah di-delete oleh YT.*
 
sumber : Google


1 comment:

  1. astaga . kin takut plak aku baca ni rex . huhuhu

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!