Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts
Showing posts with label pelik tapi benar. Show all posts

Gambar UFO di Tuaran Beach Resort, Kota Kinabalu?


KOTA KINABALU : “Ketika berada dalam dewan, tiba-tiba seorang wanita menjerit melihat suatu objek mirip piring terbang di langit berhampiran pusat peranginan itu.

Klik pada gambar untuk saiz besar.
“Lalu kami keluar untuk mengesahkan dakwaannya dan apa yang saya lihat ia memang satu objek berbentuk bulat dan berwarna biru sedang terapung, tetapi selepas beberapa saat kemudian ia bertukar menjadi warna hijau,” kata seorang tetamu Tuaran Beach Resort, Jemas Dungil, 27.

Suasana di pusat peranginan ketika itu gempar apabila satu objek asing seakan-akan piring terbang (UFO) muncul di ruang udara berhampiran pantai peranginan Tuaran di sini, petang kelmarin.

Kemunculan objek berkenaan disaksikan beberapa kakitangan dan tetamu pusat peranginan itu yang kebetulan berada di kawasan terbabit.

Klik sini untuk artikel penuh.

Kisah Seram Rumah Sewa RM50 di Seksyen 2 Shah Alam, Depan WetWorld (Kisah Benar)

Salam. 

Hello kawan2. Saya ingin kongsikan satu kisah seram yang saya terbaca dari Facebook. Kisah ini memang menarik. Sesuai di baca di tengah malam. Hehe. Jom baca.

9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la]. 
 
Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. 

Kemungkinan besar inilah rumah yang dimaksudkan?

Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....[?] 
Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya... 
Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas. 
 
Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea . Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. 

Klik sini untuk artikel penuh.

Hantu Di Pantai, Lahad Datu Sabah?

SERAM : Imej makhluk halus telah dirakam tanpa sengaja oleh seorang penduduk tempatan ketika sedang berkelah di tepi pantai bersama keluarga. Lokasi kejadian rakaman tersebut berlaku di pantai Sungai Bilis, Lahad Datu Sabah.
 
Menurut tuan empunya rakaman video, beliau bersahaja merakam kemeriahan suasana berkelah di pantai bersama keluarga untuk kenangan. ketika itu, beliau juga tidak menyedari akan kehadiran makhluk tersebut ketika sedang merakam.
 
Sesudah tiba dirumah, beliau memainkan semula rakaman-rakaman tersebut dan terkejut besar apabila imej makhluk yang dibaluti kain kafan sedang berdiri tegak di kedua-dua rakaman video tersebut. Satu rakaman video diambil sepanjang 20 saat dan satu lagi video sepanjang 10 minit. Mengejutkan lagi apabila kedua-dua video yang dirakam memaparkan makhluk yang serupa.


Dapat disaksikan pada rakaman tersebut, terpapar sesusuk tubuh makhluk dibaluti kain kafan sedang berdiri seolah-oleh seperti pocong.
 
*rakaman tersebut ada diupload ke laman web YouTube, tetapi sekarang video tersebut sudah di-delete oleh YT.*
 
sumber : Google

Klik sini untuk artikel penuh.

Misteri Segitiga Bermuda : Dajjal, UFO dan Kota Atlantis?

Kegembiraan Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena misteri yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah lautan yang luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak-gerak tanpa arah yang pasti. Kejadian pelik berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa misteri itu tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi kapal dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Klik sini untuk artikel penuh.

Pelik Tapi Benar : Segitiga Bermuda (Bermuda Triangle)

Apa itu Segitiga Bermuda?
Segitiga Bermuda atau juga disebut sebagai Bermuda Triangle adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang di seluruh dunia kerana terdapat pelbagai kejadian aneh telah berlaku di situ. Sehingga hari ini, Segitiga Bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan yang misteri di muka bumi ini. Banyak kisah-kisah pelik dan ganjil berlaku di situ, membuatkan ramai orang tertanya-tanya, kuasa apakah yang terdapat di situ? Ada satu teori yang mengatakan di Segitiga Bermuda itulah terletaknya Kota Atlantis yang hilang sekian lama dulu. Huh, apa pula Kota Atlantis ni? Ada juga sesetengah teori pula mengatakan di situlah terletaknya 'markas' makhluk2 halus dan jin2.


Klik sini untuk artikel penuh.

Kisah Melodi Maut, Lagu Gloomy Sunday.

Hmm. What a Gloomy Sunday. Betul meh lagu ni boleh mengundang maut kepada sesiapa saja yang mendengar lagu ini? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada saja yang baru mendengar kisah ini. Pelbagai kejadian aneh berhubungkait dengan melodi ini telah direkodkan dan ramai yang telah maut setelah mendengar lagu melodi "GLOOMY SUNDAY" ini. Persoalannya, adakah ia satu sumpahan? Atau hanya rekaan?

Jom baca kisah selanjutnya.

Klik sini untuk artikel penuh.

Mak Cik, Nasi Goreng Kucing Satu!

Salam.

Hari ni aku nak buat entri berkaitan benda yang mungkin buat korang nak muntah, geram, whatever dan sebagainya. Kalau sebelum ni aku pernah post entri berkaitan BURGER KOBRA, hari ni aku nak expose lagi satu menu pelik yang datangnya dari negara Vietnam. Nak tahu apa menunya? tak nak boleh blah

Menu yang aku maksudkan itu adalah NASI GORENG KUCING. Pernah korang dengar menu NASI GORENG KUCING di mana2 restoran yang korang pernah p? Teringin nak cuba? Kita saksikan video ini.

Klik sini untuk artikel penuh.

Penemuan Bangkai Makhluk Asing Di Rusia?

KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia.
Penemuan bangkai makhluk asing di Malaysia Rusia? Wujud ka makhluk asing ni? Dalam video ni macam real ja. Hmm. Jom baca berita tentang penemuan ni pula. 

Macam biasa, klik bawah ni untuk artikel penuh.

Klik sini untuk artikel penuh.

Itik Makan Buaya? Biar Betul? [Video]


Huh! Dunia ni memang pelik. Ada saja benda ganjil / pelik yang berlaku. Pada mulanya aku pun nda percaya yang itik ni mampu memakan / melahap buaya tersebut, tapi setelah menonton klip video ni.. Nda mampu aku berkata apa-apa. senyum, tak perlu kata apa-apa

Klik sini untuk artikel penuh.

Sapa Mau Makan Burger Kobra?



JIKA Vietnam terkenal dengan makanan pelik seperti nasi goreng kucing, sebuah restoran di Yogyakarta, Indonesia pula tampil aneh menyediakan hidangan burger daging ular tedung.

Burger yang diperbuat daripada daging reptilia itu menjadi menu utama restoran tersebut dan mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai.
 
Ular tedung yang diternak itu merupakan santapan buat penggemar daging reptilia. Kulit ular itu akan disiat terlebih dahulu sebelum dicincang halus-halus dan dibentuk menjadi daging burger.

Klik sini untuk artikel penuh.

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!