Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kelebihan Ayat Kursi.

 

Pada post kali ni, aku ingin kongsikan artikel yang aku baca tentang kelebihan / khasiat ayat kursi. Ayat kursi ni banyak kelebihannya jika kita amalkan dalam kehidupan kita seharian.
 
Sebelum itu, terdapat beberapa perihal / perkara yang perlu kamu ketahui mengenai ayat kursi ini ; 
  • Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. 
  • Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
  • Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangannya.
  • Rasulullah s.a.w segera memerintah kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
  • Terdapat 95 buah hadis yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
  • Perlu di ingat, bukan yang dimaksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Antara kelebihan / khasiat Ayat Kursi adalah : 
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istiqamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk ke rumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir,Insya Allah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudaratkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anaknya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, dipelihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  3. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka Insya Allah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  4. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  5. Syeikh alBuni menerangkan : Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  6. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  7. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  8. Syeikh Buni menerangkan : Sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudaratkannya.
  9. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).
Itulah antara kelebihan2 / khasiat2 bagi sesiapa yang mengamalkan ayat Kursi. Kalau anda nak dengar bacaan ayat Kursi versi audio, anda boleh klik link di bawah ini.




0 comments:

Post a Comment

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!