Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penemuan Bangkai Makhluk Asing Di Rusia?

KLIP video di laman YouTube menunjukkan bangkai makhluk asing ditemui di kawasan bersalji di Republik Buryatia, Rusia.
Penemuan bangkai makhluk asing di Malaysia Rusia? Wujud ka makhluk asing ni? Dalam video ni macam real ja. Hmm. Jom baca berita tentang penemuan ni pula. 

Macam biasa, klik bawah ni untuk artikel penuh.

ULAN-UDE - Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube.

Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. - Agensi

sumber : Kosmo

Jom tengok video pula : 


Aku hairan. Betul ka makhluk asing ataupun alien ni wujud? Kewujudan mereka ni sering jadi misteri. Walaupun pelbagai gambar & klip video didedahkan kepada orang awam untuk mengesahkan bahawa mereka (alien) ni wujud. Kita Aku pun tak pasti. Hanya tuhan saja yang tahu. Wallahualam.

 


1 comment:

  1. UFO ni mitos ja. Tu semua agenda sulit yang diketuai oleh kerajaan Amerika. Ni yang dikatakan Alien ni pun, mungkin hasil eksperimen manusia diorang yang gagal. Pendapat peribadilah, ehe..

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!