Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Jururawat Pelatih Maut [Harian Xpress 25 Mei]

Dari keratan akhbar Harian Xpress bertarikh 25 Mei 2011.
KOTA KINABALU : Tiga jururawat pelatih yang dijadual menamatkan pengajian tidak lama lagi maut apabila Proton Wira yang mereka naiki bersama tiga yang lain tergelincir dan terbalik beberapa kali di KM2.2 Jalan Tun Fuad Stephen, Tanjung Lipat kira-kira 2.50 pagi pada Selasa.

    Penuntut tahun akhir Masterskills Academy berusia 20 tahun, Hadijah Latip dari Tawau, Norfizan Samad dari Petagas Putatan dan Ratna Dewi Bencong dari Sandakan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan serius pada badan mereka.

    Ratna cedera parah di muka dan pinggangnya patah sementara Norfizan dilaporkan mengalami kecederaan serius di kepala selain patah tangan dan Hadijah cedera serius di kepala.

Ketiga-tiga mangsa meninggal di tempat kejadian. (Gambar kecil, dari atas) Hadijah, Norfizan dan Ratna Dewi.

    Sementara itu, pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 23 tahun cedera parah di dada sementara seorang lagi lelaki berusia 24 tahun yang duduk di kerusi penumpang hadapan patah tulang belakang.

    Seorang lagi, Nurul Asikin Majid patah kaki. Semua mangsa terhumban keluar dari kereta itu selepas kemalangan tersebut.

    Ibu bapa dan saudara mangsa serta Akademi itu hanya menerima berita tentang kejadian itu pada awal pagi Selasa.

    (Pemangku) Pengurus Wilayah Masterskills Victor Sylvester bersama-sama dua pembantunya menghantar mayat-mayat mangsa kejadian itu ke kampung halaman masing-masing untuk pengebumian dan prosedur lain.

    Sementara itu, bapa kepada Norafizan, dikenali sebagai Samad, 45, berkata, anak perempuannya itu menghubunginya minggu lepas dan memaklumkan bahawa dia akan pulang Khamis ini (esok).

    "Kami tidak menyangka sesuatu seperti ini akan berlaku," katanya ketika ditemui.

    Seorang lagi, Hajah Yen Teng, 39, ibu saudara kepada Hadijah berkata, anak saudaranya itu sering menghubungi dan melawatnya pada hujung minggu sejak dia mula belajar di Masterskills.

    "Saya menerima panggilan ini daripada ibunya yang tidak dapat datang kerana terlalu sedih, dan memilih untuk menunggu sahaja mayat itu tiba di Tawau untuk pengkebumian," katanya.

    Ambulans dan anggota bomba tiba di tempat kejadian, sementa Insp. Khairi Shah juga berada di sana untuk menyiasat. 


2 comments:

  1. Innalilah..kesian mereka..tak sempat bergelar staff nurse mcm jijah nanti..

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!