Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aznil Haji Nawawi Jadi HERO! (Pak Nil)



KUALA LUMPUR: Tindakan pantas pengacara popular, Aznil Nawawi, 48, atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bukan saja menyelamatkan nyawa seorang pendengar radio yang mahu membunuh diri, malah menyelesaikan masalah pinjaman lelaki terbabit yang diburu along sejak lapan bulan lalu.

Kemuliaan hati Aznil terserlah apabila dia memberikan wang RM1,000 kepada mangsa untuk melunaskan hutang itu demi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun yang kini menganggur selepas berhenti kerja nekad membunuh diri kerana dia dan keluarganya sering diganggu along selepas meminjam wang sejak lapan bulan lalu.
Akibat tidak tahan dengan ugutan along, mangsa yang tertekan mahu mengambil jalan mudah dengan meminum racun bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Namun, lelaki terbabit mengirim SMS menerusi program Merisik Khabar, Riuh Pagi di stesen radio Era FM, kelmarin, dipercayai sebagai amanat terakhirnya kerana buntu selepas ahli keluarga enggan membantunya menyelesaikan masalah berkenaan.

sumber : relevensokmo

Huh! Mulia sungguh hati Pak Nil ni kan. Dia selamatkan orang dari bunuh diri, lepas tu tolong settle kan masalah hutang along orang tu juga. Caya la Pak Nil!


2 comments:

  1. jangan ada yang ambil kesempatan atas kebaikan orang lain pulak lepas ni... =)

    ReplyDelete
  2. @aien btul3. itu gak yg aku pkir bla bca brita ni td.

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!