Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

UNDUK NGADAU : Memperingati Semangat Huminodun @ Mengejar Populariti?

Salam.

Hello kawan2 semua. Ok bercakap pasal Unduk Ngadau, apakah Unduk Ngadau itu sebenarnya?

Unduk Ngadau ini adalah satu pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) setiap tahun di Sabah. Menurut kepercayaan kaum Kadazan Dusun, Unduk Ngadau berasal dari perkataan ‘runduk tadau’ yg membawa maksud ‘gadis yg dimahkotakan sinaran cahaya matahari’. Di setiap daerah di negeri  Sabah, ada ratu Unduk Ngadau mereka sendiri.


Pertandingan Unduk Ngadau ini diadakan untuk memperingati semangat Huminodun, iaitu anak perempuan kepada Dewa Kinorohingan & Suminodun yg dikorbankan. Ikuti kisah Huminodun dengan lebih lanjut di sini.

Pertandingan Unduk Ngadau ini sama seperti pertandingan ratu cantik biasa, cuma bezanya Unduk Ngadau berkaitan dengan adat dan tradisi kaum Kadazan Dusun (Murut termasuk juga). Semasa pertandingan ini, para peserta Unduk Ngadau akan diuji beberapa soalan berkaitan adat dan budaya kaum Kadazan Dusun. Dorang juga akan diuji bertutur dalam bahasa ibunda masing2 semasa menjawab soalan.


Untuk memilih pemenang bagi pertandingan Unduk Ngadau ini, beberapa kriteria akan ditekankan oleh juri yang mengadili pertandingan ini. Antaranya kecantikan, persembahan, pakaian, tingkah laku, personaliti dan juga IQ. Anda boleh lihat di sini

Setiap tahun pada bulan 5, pertandingan inilah yang ramai gadis2 Sabah di luar sana nanti2 kan. Bila tiba acara ini, di sana la kita boleh nampak gadis2 ni dressing pakaian suku kaum masing2, bermake up tebal, rambut bersanggul besar (ala2 gong) dan segala macam la lagi benda yang dorang prepare.


Tapi, sekarang ni saya tengok semua gadis2 sabah ni mau ikut Unduk Ngadau. Sama ada dorang betul2 join Unduk Ngadau ni untuk memperingati semangat Huminodun atau dorang saja mau kejar populariti? Atau ada niat lain? Asal dapat join & tersenarai dalam senarai peserta Unduk Ngadau pun boleh la.

Peserta Unduk Ngadau sekarang ni pun bila time sesi Q & A, ada yang nda pandai cakap bahasa ibunda sendiri. Lain kali kalau mau join Unduk Ngadau tu, persiapkan la diri secukupnya. Bukan setakat wajah & pakaian tradisi ja yang dorang tengok tu, dorang juga akan uji IQ korang dan juga kepandaian dalam bertutur bahasa ibunda masing2. 

Better luck next time ya! Peace. =)

BTW, ada 1 soalan yang selalu saya berfikir mencari jawapan dia. Hmm, kenapa semua peserta2 yang ikut Unduk Ngadau style rambut dorang sama? Hairstyler yang sama maybe? Hahaha. Ok la, chiaow!

Nota kaki : Entri ini adalah sekadar pendapat. Jika terdapat kesalahan, jangan malu jangan segan, perbetulkan saya. All photos credited to the respective owner.


3 comments:

  1. iya. terfikir jugak kenapa rambut setail bgtu~ nnti suda dapat jawapan roger sy ah! hehe

    ReplyDelete
  2. @tqa hehe. heran kan? sy pun x tau napa2 diorang buat stail rmbut sma smua. nnt sy siasat. haha.

    ReplyDelete
  3. Kalau style rmbut lain2 susah juri maw bg markah.jd bgus seragam.baru tw siapa y lebih cantik..

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!