Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

April Fool atau April Bodoh? Haram Ke?



Pada setiap tanggal 1 April, ada sahaja orang (terutama anak-anak muda) yang merayakan hari tersebut dengan membuat pelbagai kejutan atau sesuatu aneh yang di luar jangkaan. April Fools Day, demikian orang Barat menyebut hari tanggal 1 April. Namun, tahukah anda jika perayaan tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap kaum Muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku ‘Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?’ (Rizki Ridyasmara, Pustaka Alkautsar, 2005)
 
Sejarah April Fool
Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April's Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
 
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Klik sini untuk artikel penuh.

Kopi Buat Payudara Kecut [Wanita Mesti Baca!]


Sekadar gambar hiasan. Atau mungkin juga berkaitan?

LONDON : Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya.
 
Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.
 
Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur.
 
Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka.
 
Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.
 
Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka.

Klik sini untuk artikel penuh.

Asal Usul Lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU


Lagu "Happy Birthday To You" telah menjadi lagu yang paling popular di dunia, dinyanyikan berjuta kali oleh berjuta-juta orang. 

Setiap saat dan setiap detik di mana-mana pelusuk dunia pasti ada yang menyanyikan lagu ini bagi meraikan ulangtahun kelahiran seseorang. 

Semua golongan tidak kira yang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak seawal usia setahun tahu menyanyikannya, atau sekurang-kurangnya mampu mengikut melodinya. Masing-masing dapat merasai keistimewaan lagu ini apabila dinyanyikan kepada mereka setahun sekali. 

Namun tahukah anda, bilakah lagu "Happy Birthday to You" ini dicipta, dan siapakah penciptanya?

Lagu asal "Happy Birthday to You" dikatakan telah dicipta oleh dua orang adik-beradik, Mildred J. Hill, seorang guru di Kentucky Experimental Kindergarten, di Louisville dan Dr. Patty Smith Hill, pengetua di sekolah yang sama. Melodinya dicipta oleh Mildred sementara lirik asalnya ditulis oleh Patty, bertajuk "Good Morning To All." Lagu "Good Morning To All" dicipta sebagai lagu kanak-kanak dan telah diterbtikan dalam koleksi "Song Stories of the Kindergarten" pada tahun 1893.

Klik sini untuk artikel penuh.

UNDUK NGADAU : Memperingati Semangat Huminodun @ Mengejar Populariti?

Salam.

Hello kawan2 semua. Ok bercakap pasal Unduk Ngadau, apakah Unduk Ngadau itu sebenarnya?

Unduk Ngadau ini adalah satu pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) setiap tahun di Sabah. Menurut kepercayaan kaum Kadazan Dusun, Unduk Ngadau berasal dari perkataan ‘runduk tadau’ yg membawa maksud ‘gadis yg dimahkotakan sinaran cahaya matahari’. Di setiap daerah di negeri  Sabah, ada ratu Unduk Ngadau mereka sendiri.


Pertandingan Unduk Ngadau ini diadakan untuk memperingati semangat Huminodun, iaitu anak perempuan kepada Dewa Kinorohingan & Suminodun yg dikorbankan. Ikuti kisah Huminodun dengan lebih lanjut di sini.

Klik sini untuk artikel penuh.

Lagu Kaamatan, This is Kaamatan. Is It Kaamatan?

Aku nak share dengan korang satu lagu berkenaan Hari Kaamatan / Pesta Menuai. Walaupun lagu ini dalam bahasa inggeris, ianya memang lagu yang best. Terimalah, THIS IS KAAMATAN, by Kay Kastum.


Lirik :


This is Kaamatan, everyone is welcomed
No matter where you are from, we say no problem
This is Kaamatan, everyone is welcomed
And if you try the tapai, you'll say aramai...tih!

Every year in the month of May
Sabah is the place to stay
Kadazandusun harvest festival
Spirit of 'bambarayon' the source of it all

From those days even until now
We will have the Sumazau
A dance as beautiful as an ancient song
To the beat of the instruments that we called gong

'Unduk Ngadau' crowns the beauty queen
To honor 'Huminodun' sacrificed in her teens
her beauty, grace, strength and bravery
Represents the people who plants the 'padi'



Klik sini untuk artikel penuh.

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!