Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Sebab Kenapa Rasa Best Menjadi Single.

Aku bebas!
Tidak berteman? Rasa sunyi? Usah harungi detik bersendirian dengan perspektif pesimistik. Di bawah ni aku nak bagi tahu korang alasan mengapa single ROCKS!
1. Bebas & Berdikari.
Memang betul, bila single kita akan rasa lebih bebas & more freedom. Korang boleh buat apa saja yang korang suka. Tiada sapa yang control @ kongkong hidup korang. Bukan sahaja kebebasan ini dapat memberi anda ruang untuk mebuat perkara yang diinginkan, anda juga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend @ girlfriend korang berasa cemburu.

2. Jadi rakan yang baik.
Tanpa boyfriend & girlfriend di sisi, sememangnya korang mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan2 korang. Anda boleh ke spa @ gym bersama-sama dan mengadakan parti di rumah. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan korang. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau girlfriend ke shopping mall boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik korang.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah.
Tentunya ibu bapa korang terasa keseorangan bila korang sudah pun mencapai umur yang dewasa dan mempunyai boyfriend @ girlfriend terutamanya bila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

4. Kuat keuntungan dengan part-time.
Dengan banyak masa terluang, korang boleh buat kerja part-time. Bukan sahaja menambah pendapatan wang lebih malah berpeluang berkenalan dengan orang / kawan baru. Anda mungkin juga bertuah bertemu teman baru yang berkongsi minat yang sama.

5. Jimat kos.
Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boleh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang korang inginkan seperti melancong ke luar negara, membeli komputer riba baru atau membeli hadiah untuk parents korang. Korang boleh memilih untuk makan fast food dan pulang ke rumah menikmati makanan ibu. Bukan itu sahaja, korang juga tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 istimewa seperti Hari Kekasih (Valentine's Day), ulang tahun dan sebagainya.

6. Kurang beban tanggungjawab.
Selain itu, korang juga tak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend @ girlfriend sukakan korang atau tidak. Anda juga tidak perlu risau sama ada ibu bapanya mempunyai impresi positif terhadap korang. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Tak perlu jaga hati / perasaan boyfriend @ girlfriend korang. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend @ girlfriend anda.


5 comments:

  1. hehehe ... kadang2 rindu jg zmn bujang2 :)

    ReplyDelete
  2. nah... kurang bekas di hati lagi...nda la selalu rasa sakit hati macam mo mati...hehehhe

    ReplyDelete
  3. @Mrs.MyGaman BorNeo mmg. sy pun rndu jga zman2 bujang ni.. hehe.

    ReplyDelete
  4. I TOTALLY DAMN LIKE DIZ!!! I WISH I WAS SINGLE NOW!!! ( =#.#= ) ayai da mad kitty..

    ReplyDelete

They're Not Infected

Be Sure To Leave Your Footprints Here! Follow Me & I Will Follow You!