Apa itu Segitiga Bermuda?
Segitiga Bermuda atau juga disebut sebagai Bermuda Triangle adalah satu tempat yang banyak menarik perhatian orang di seluruh dunia kerana terdapat pelbagai kejadian aneh telah berlaku di situ. Sehingga hari ini, Segitiga Bermuda itu dianggap sebagai satu kawasan yang misteri di muka bumi ini. Banyak kisah-kisah pelik dan ganjil berlaku di situ, membuatkan ramai orang tertanya-tanya, kuasa apakah yang terdapat di situ? Ada satu teori yang mengatakan di Segitiga Bermuda itulah terletaknya Kota Atlantis yang hilang sekian lama dulu. Huh, apa pula Kota Atlantis ni? Ada juga sesetengah teori pula mengatakan di situlah terletaknya 'markas' makhluk2 halus dan jin2.

Kawasan Segitiga Bermuda dianggarkan seluas 770,000 kilometer persegi. Kawasannya merupakan gugusan pulau-pulau yang berjumlah sebanyak 359 pulau. Pulau-pulau ini tersusun antara satu sama lain seperti untaian manik-manik. Beberapa teluk kecil terdapat di hujung pulau-pulau itu. Kesemua pulau-pulau ini terletak di Lautan Atlantik. Jarak pulau-pulau ini dari Daratan Amerika kira-kira 930 kilometer.
Pada tahun 1684, kepulauan ini telah dijajah oleh Kerajaan British. Sehingga pada tahun 1968 barulah Bermuda mendapat pemerintahan sendiri. Walaupun jumlah keseluruhan pulaunya sebanyak 359 tetapi hanya 60 buah pulau sahaja yang didiami oleh manusia, selainnya tidak dihuni oleh siapa2. Orang yang pertama sekali mengenal pasti tentang Misteri Segitiga Bermuda ini ialah Vincent Cadys, dialah juga yang telah menamakan tempat tersebut SEGITIGA BERMUDA. Beliau seorang yang pakar dalam kes-kes misteri di lautan.
Daerah Segitiga Bermuda amat merbahaya untuk pelayaran laut mahupun penerbangan di sekitar ruang udaranya. Ini kerana sehingga kini tidak kurang dari 100 buah kapal terbang dan kapal laut telah hilang di kawasan ini. Kehilangan ini melibatkan seramai 1000 orang yang turut hilang bersama peristiwa itu. Kapal terbang dan kapal laut yang hilang di kawasan Segitiga Bermuda ini ghaib begitu saja, tidak ada secebis serpihan pun yang dijumpai.
Sebahagian besar peristiwa pelik ini terjadi dalam tahun 1945. Semua kapal terbang atau kapal laut yang hilang di kawasan ini langsung tidak dapat dijejaki dan dikesan langsung. lanya hilang terus tanpa sebarang kesan atau meninggalkan korban. Selalunya jika terjadi sebarang kemalangan di lautan atau di udara paling tidak pun kita akan menemui bangkai pesawat atau kapal laut dan mayat orang-orang yang terkorban, atau paling tidak pun serpihan-serpihannya. Tetapi peristiwa di Segitiga Bermuda langsung tidak meninggalkan apa-apa. Mereka hilang begitu saja bersama kapal laut dan kapal terbang.
Yang peliknya lagi, kebanyakan peristiwa yang terjadi di kawasan ini pada ketika lautan berkeadaan tenang, tidak bergelora dan cuaca pun cukup baik. Antara peristiwa yang berlaku, sebuah kapal dari Perancis yang bernama Rousalie yang telah melalui kawasan ini pada tahun 1940, tiba-tiba kapal ini menjadi kosong, tiada seorang pun di dalamnya, sedangkan kapal itu berada di dalam keadaan baik dan segala muatan di dalamnya langsung tidak berusik.
Pada hari Khamis dalam bulan Januari 1945, 5 buah kapal terbang Amerika jenis TTB Finger bertolak dari pangkalannya di Port Lauderdale di wilayah Florida, Amerika Syarikat. Kapal terbang itu ditugaskan untuk mengawal dan menyelamatkan kapal-kapal yang mengharungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul 2.15 petang, tugas itu telah selamat dilakukan. Ketua pasukan kapal terbang itu, Leftenan Charles Tylor telah memberi isyarat kepada menara kawalan, mereka akan kembali ke pangkalan kerana telah berjaya melakukan tugas dengan sempurna. Kelima-lima kapal terbang itu pun bergerak menuju ke pangkalan.
Tiba-tiba tanpa diduga, menara kawalan di Port Lauderdale menerima isyarat dari ketua pasukan kapal terbang itu, Leftenan Tylor dan isyarat itu amat mengejutkan Komander Wersink, pegawai yang bertanggung jawab di menara kawalan.
Isyarat panggilan itu berbunyi seperti berikut... "Di sini Leftenan Charles Tylor, komandan Squadron ke 19. Adakah kami ditawan? Tolong jawab. Kami kehilangan petunjuk untuk pulang. Kami tersesat. Saya tidak dapat melihat daratan! Saya tidak tahu lagi di mana arah barat, semua yang ada di sekitar saya menjadi terganggu, pelik. Malah tempat saya berada ini pun saya tidak tahu. Nampaknya... Nampaknya..."

Tiba-tiba suara panggilan dari Leftenan itu terputus dan tidak ada panggilan selanjutnya. Suasana menjadi kelam kabut dan panik. Komander Wersink, pegawai petugas yang berada di menara kawalan mengalami tekanan yang luar biasa. Dia cuba menghubungi pejabat utama untuk mendapatkan bantuan luar.
Kemudian hubungan terputus. Dengan segera Komander Wersink mengarahkan kapal TIMSAR yang berada di bawah seliaannya supaya bertindak dengan cepat pergi menyelamatkan kumpulan ke 19 itu. Dengan cepat kapal perang Angkatan Laut TIMSAR itu membawa 13 anggota yang berpengalaman dalam tugas-tugas penyelamatan bergegas untuk pergi menyelamatkan kumpulan ke 19 itu. Ketika kapal perang TIMSAR itu sampai di tempat yang ditujuinya terjadi peristiwa yang sama sekali tidak pernah disangka-sangka. Tiba-tiba saja kapal TIMSAR itu lenyap tanpa sebarang jejak sedikit pun ditinggalkan. Skuadron kapal terbang ke 19 terdiri 5 buah kapal terbang perang yang membawa 14 orang anak juruterbang pun telah lenyap hilang begitu saja.
Salah seorang juruterbang yang pada ketika itu berada tidak jauh dengan tempat kejadian memberitahu bahawa dia juga sempat menerima berita pelik itu dari radio kapal terbangnya iaitu hubungan antara Leftenan Charles Tylor dengan pangkalan Port Lauderdale. Berita yang diterimanya berbunyi seperti ini: "Di sini Leftenan Charles Tylor....Komandan Skuadron ke 19".
Boleh dengar? Tolong jawab! ....Sekarang saya tahu di mana saya berada. ..akhirnya saya tahu di mana kedudukan saya! Saya berada di ketinggian tidak kurang dari 2.30 kaki. Tetapi ada sesuatu yang ganjil. Tidak, apa yang saya lihat amat susah hendak dipercayai! Boleh dengar?

Dari kata-kata panggilan Leftenan itu disimpulkan bahawa ketika Leftenan Charles Tylor mula memasuki kawasan maut Segitiga Bermuda itu, secara mendadak dia tidak dapat melihat daratan. Padahal ketika itu udara dan cuaca baik, setiap juruterbang yang berada di ketinggian 5,000 kaki pun masih boleh melihat daratan. Kejadian pelik yang lain, semua arah kompas jadi tidak menentu, seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang tidak nampak (seperti kuasa magnet), kemudian muncul suatu pemandangan aneh iaitu satu kawasan yang sama sekali dia tidak ketahui sebelum ini. Sehinggakan Leftenan Charles Tylor menyangka mereka telah tersesat. Kejadian selanjutnya, muncul makhluk-makhluk yang berbeza bentuk dengan manusia, sehinggakan Leftenan Charles Tylor mengagak mereka pendatang dari angkasa lepas. Tapi semuanya sudah terlambat, telah berakhir.
Dalam tahun 1949 sebuah kapal layar Belanda bernama HERMINEA juga telah dijumpai dalam keadaan dilanda oleh ombak besar kerana layarnya sudah tiada, apabila diperiksa oleh pengawal pantai, didapati tidak ada seorang pun di dalam kapal tersebut. Seolah-olah semua penumpang telah meninggalkan kapal tersebut. Bertambah pelik lagi, kapal tersebut mempunyai pelampung dalam sebuah peti dan juga barang-barang lain yang tersimpan dengan rapi.
Dalam tahun 1921 dalam bulan Januari, sebuah kapal bernama Carol Darling yang mendekati pantai di North Carolina, didapati tidak ada seorang pun di dalamnya, kecuali dua ekor kucing. Sementara 12 orang anak kapalnya hilang lenyap tanpa dapat dijejaki. Tetapi pelampung keselamatannya telah tiada.
Seolah-olah menunjukkan anak-anak kapal itu telah meninggalkan kapal itu begitu saja. Seluruh enjin dan mesin kapal itu masih berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Yang sangat menarik dalam peristiwa ini ialah di kapal itu terdapat meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum diangkat. Nampak seperti sesuatu telah terjadi dengan tiba-tiba ketika mereka sedang makan. Dalam tahun 1972, seorang nelayan bernama Hary Selatzeky telah hilang di kawasan ini.
Pada 23hb Mac 1973 pula, sebuah kapal besar bernama ANITA milik Amerika Syarikat yang bermuatan 20,000 tan juga telah ghaib di kawasan ini.
Mungkinkah peristiwa-peristiwa ini disebabkan oleh sistem navigasi yang disebabkan oleh kuasa atau tenaga kristal matahari yang dahulunya dikatakan kepunyaan bangsa Atlantis?
Jika benar kuasa tenaga kristal matahari itu betul-betul ada, ia memang dapat mengganggu petunjuk kompas kapal terbang atau pun kapal laut. Kuasa tersebut dapat mewujudkan satu ilusi pemandangan di udara tetapi tidak mungkin tenaga kristal matahari itu dapat melenyapkan kapal berserta anak-anak kapal untuk selama-lamanya. Atau mungkin peristiwa tersebut diakibatkan oleh suatu kuasa sedutan seperti vacuum yang dapat menyedut benda2 yang terdapat di sekelilingnya?
Intimagnet alam yang menyebabkan kapal terbang atau kapal tersebut berpindah ke suatu tempat dan waktu yang berbeza? Yang peliknya tidak semua peristiwa kapal laut atau kapal terbang lenyap bersama-sama orangnya. Kadang-kadang hanya penumpangnya saja hilang, sedangkan kapal ditemui semula dalam keadaan yang sempurna terapung-apung di tengah-tengah lautan Atlantik.
Dalam satu pertemuan dengan Jin Muslim dikatakan istana kerajaan Iblis terbesar terletak di kawasan Segitiga Bermuda itu. Lautan merupakan kawasan yang banyak makhluk-makhluk halus. Kalau begitu, untuk apa iblis berserta anak buahnya dari golongan jin tersebut menangkap anak-anak kapal tersebut?
Mengikut kata Jin Muslim, mereka dijadikan korban untuk Iblis atau dijadikan budak-budak iblis. Mungkin penangkapan itu dilakukan kerana iblis menganggap siapa saja yang memasuki kawasan itu bererti telah mengganggu kekuasaannya. Kecuali jika Iblis merestui dan restu Iblis ini boleh diberikan jika mereka yang ingin melalui kawasan tersebut memohon dengan menyembahnya atau mengadakan sejenis upacara sebagai tanda perjanjian.
Mengapa pula kapal terbang dan kapal laut juga dirampasnya? Orang-orang yang hilang ghaib di kawasan itu telah digunakan oleh Jin Syaitan sebagai hamba mereka. Memang sudah menjadi perangai syaitan dan iblis, suka membuat manusia susah dan keliru. Dikatakan kapal terbang dan kapal yang lenyap itu telah disimpan oleh para iblis di satu tempat yang tertentu di dasar lautan yang tidak pernah disentuh oleh manusia. Kapal-kapal itu ditutup dengan sinar ghaib tertentu atau dikelilingi oleh ribuan syaitan sehingga tidak dapat dilihatoleh mata kasar manusia.

Sememangnya iblis mampu mengaburkan mata manusia. Kemampuan jin, iblis dan syaitan ini memang bermacam-macam. Tentu anda pernah dengar cerita tentang seseorang yang masuk hutan, kemudian tersesat kerana terjumpa satu kawasan yang cantik dan indah seperti istana ketika di dalam hutan, padahal dia berpusing-pusing berjalan di tempat yang sama saja. Itu juga sebahagian dari kerja Syaitan.
Iblis berserta kumpulan sejenisnya seperti Jin, Syaitan dan hantu juga mampu menggerak dan memindahkan benda-benda dan manusia. Misalnya rumah berhantu yang dilihat kerusi dan mejanya bergerak-gerak ke sana kemari. Makhluk halus ini juga sanggup mengawal dan mengacau fikiran manusia, mereka sanggup dan juga boleh membuat orang jadi gila.
Sejauh mana kebenaran misteri ini kita pun tak tahu. Sama2 kita nantikan kisah selanjutnya.

wah~ ske baca psal segi tiga bermuda.. :)
ReplyDelete